09 May 2019
EMMA MAEMBONG PUTUS DENGAN SYED ABDULLAH, ADA KEKASIH BARU?
Pelakon Emma Maembong sebelum ini digosipkan menjalin hubungan cinta dengan abang kepada Menteri Belia & Sukan Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah namun kini hubungan mereka didakwa sudah terlerai selepas dihimpit kontroversi foto panas mereka tersebar.
Terbaru, menerusi kiriman e-mail yang diterima oleh Miss K di portal Astro Gempak, Emma dikatakan sedang rapat dengan seorang penyanyi rap berdarah campuran Cina dan India, Ashtin.
Lebih menarik, Emma juga sempat menikmati percutian ke Hong Kong bersama Ashtin dan adiknya, Chacha Maembong serta beberapa rakan yang lain. Gambar mereka juga ada dimuatnaik di akaun Instagram penyanyi rap tersebut dan salah seorang rakan mereka.
"Dakwa Zizi lagi, Emma turut sempat bercuti ke Hong Kong bersama Ashtin pada penghujung April lalu. Percutian itu juga disertai oleh adik Emma, Chacha Maembong dan beberapa rakan lain," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
"Dengarnya, hubungan Emma dan Abdullah didakwa berantakan dan kini, mereka sudah membawa haluan masing-masing. Miss K pun hairan juga. Ye lah, kan Emma kata dia tak ada hubungan istimewa dengan Abdullah, tiba-tiba ada orang kata dah putus Mungkin mereka menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan ramai.
"Tapi, Zizi ada memberikan satu info terbaru juga. Dakwa Zizi, Emma kini sedang rapat dengan seorang rapper yang berdarah campuran Cina dan India. Ala, Chindian gitu. Rapper yang bernama Ashtin tu pernah muncul dengan album yang berjudul 'Chindian The Album' dan antara lagu popularnya ialah Ngam, kolaborasi bersama Altimet," katanya.
Apapun, sejauh mana kebenaran dan kesahihan berita ini tidaklah kami ketahui. Kalau betul, kami harap Emma bahagia dengan pilihannya. Setakat ini Emma juga masih berdiam diri dan tidak memberika komen mengenai hal ini. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada tuan empunya badan nanti.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara & Rotikaya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment