09 May 2019

BELUM BERSEDIA DEDAH - RUHAINIES TAK MAHU KEKASIH KENA TEMPIAS SELEBRITI


"Nak kata sorok boyfriend tu tidaklah sebab saya selalu sahaja keluar bersama dia. Lagipun kehidupan seorang selebriti ni, kemana sahaja kita pergi, apa sahaja kita lakukan orang akan perhati.





"Saya tak mahu dia rasa perkara sama. Sebelum ini saya tak pernah buat kenyataan ada boyfriend. Tetapi kali ini, saya serius dalam hubungan ini.

"Kami jujur, berkongsi apa yang dilakukan setiap hari, kami juga ada merancang untuk ke fasa seterusnya," demikian kata pelakon Ruhainies yang memberitahu dirinya belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada peminat, selain tidak mahu kekasihnya itu terkena tempias selebriti.

Klik untuk gambar besar


Memperkenalkan kekasihnya itu dengan nama Mr E, Ruhainies yang terbuka berkongsi hubungan cintanya itu bimbang jika mendedahkan kekasihnya kepada umum akan membuatkan jejaka itu berasa tidak selesa dengan dunia selebriti sepertinya.

Sehingga kini memang siapa pun tidak mengetahui tentang identiti sebenar jejaka tersebut mahupun wajah penuhnya. Apapun semoga Ruhainies cepat-cepat naik pelamin, nanti kekasih diambil orang pula! (rtky/w)




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: