09 May 2019

VIDEO: NOURUL DEDAH WAJAH 'ISABELLA DEPP', SELEPAS SEMINGGU KELAHIRAN


Menerusi laman Instagram, penyanyi Nourul Depp atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 41, telah mendedahkan wajah anak keempatnya, Isabella Depp selepas genap seminggu dilahirkan.





Nourul memuatnaik video yang telah disunting dengan berlatarbelakangkan alunan muzik lembut: "Assalamualaikum uncle and auntie. My name is ISABELLA DEPP. Serulah masyaAllah tabarakallah ❤️🙏🏻".

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video keluarga bahagia itu. Terdahulu, Nourul telah selamat melahirkan Isabella pada 30 April jam 11.12 malam seberat 3.02kg secara pembedahan di sebuah hospital swasta.

Untuk makluman, Nourul mendirikan rumah tangga dengan Eric, 53, pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 6, serta Raphael Depp, 4. Menerusi perkahwinan pertama bersama komposer dan penyanyi Ajai, Nourul dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.

Klik untuk gambar besar










www.myartis.com / Sumber, foto & video: Media Hiburan & Instagram Nourul Wahab Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: