09 May 2019

AKUI HATI TAK TENANG - LINDA RAFAR MOHON MAAF TERBUKA KEPADA NETIZEN


Menerusi entri di laman Instagram (IG), penyanyi dan pelakon Linda Rafar telah berkongsi kisah yang dialaminya dulu selepas kematian ibunya, Allahyarhamah Rasimah Abdul Rahman sehingga mengambil keputusan untuk menyaman netizen dan mengakui dirinya terpanggil untuk memohon maaf kepada netizen yang pernah menfitnah dirinya sebelum ini.





"During my last press conference, I felt angry, betrayed, insulted and sad that my mom's passing did not stop cyber bully against me. My heart was filled by rage. My lawyer sent notices to hundreds of persons defaming me but my heart did not come to a closure..

"Some dm me saying sorry.. hence some I forgive but some others went out too much that I cant help but to clear my reputation. In the holy month of Ramadhan, I took this opportunity to say sorry if i ve hurt any of you with or without I forgive every nitizen who ask for my forgiveness and in return i m seeking forgiveness too..

Klik untuk gambar besar


"Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi allah ini dan tidak salah jika kita yg ikhlas memohon maaf dulu serta lupakan segala kisah🤲🏻 Allah maha melihat.. segala kebaikkan n keburukkan di catit dan tidak ada satu pon yg akan terlepas pandang.. Dunia sementara akhirat selamanyaa.. Satu hari kita akan kembali kepadanyaa..💙 @hafidzahhassan @zetizulkifli @nha_lawfirm," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Linda. Pada Januari lalu, Linda menuntut lebih 100 individu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan atau berdepan tindakan saman daripadanya.

Anggota kumpulan Elite dan bekas peserta program Gegra Vaganza musim kelima (GV5) itu baru sahaja kehilangan ibunya awal tahun ini selepas pelbagai kontroversi melibatkannya dengan jururawat di sebuah hospital kerajaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Linda Rafar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: