09 May 2019
SELAMAT DILAHIRKAN - ASYRAF & TYA NAMAKAN ANAK KEDUA, 'AZZAHRA JIWA ASYRAF'
Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada anak tiri kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Ashraf Khalid dan isterinya pelakon Indonesia, Tya Ariffin apabila anak kedua pasangan ini selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan pada jam 9.21 pagi tadi.
Pasangan yang dikurniakan bayi perempuan itu berkongsi khabar gembira dengan memuatnaik foto bersama anak kedua mereka yang diberi nama 'Azzahra Jiwa Asyraf'.
"Alhamdulillah, anak kami lahir secara normal dengan berat 3.6 kilogram. Sangat mudah dan sekejap proses kelahiran puteri kami. Doktor juga sangat profesional. Tya sekarang sihat dan sangat positif," katanya.
Menerusi Instagram, Asyraf turut mengumumkan nama si comel itu: "Alhamdulillah, @tyaarifinnw has safely given birth to our 2nd baby, a baby girl today at 9.21am. Praise to Allah. Welcome to the world baby Azzahra Jiwa Asyraf @azzahrajiwaasyraf".
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf @azzahrajiwaasyraf 🙏🏻," tulis Tya pula menerusi laman Instagram miliknya.
Ditanya berhubung nama tersebut, anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K ini memberitahu mereka sepakat nama itu kepada anak perempuan yang memberi maksud perempuan yang cemerlang dan bijak.
"Kami sepakat memberi nama Azzahra Jiwa Asyraf. Ia membawa maksud perempuan yang cemerlang dan bijak. Kami juga sudah mewujudkan akaun Instagram rasmi Azzahra bagi mendokumentasi perjalanan hidup serta momen istimewa. Semoga dia menjadi anak yang solehah... Selamat datang ke dunia Azzahra," ujarnya.
Untuk makluman, Asyraf berkahwin dengan Tya pada 2015 dan kini mempunyai sepasang anak, Arif Jiwa Asyraf (Lelaki) yang berusia dua tahun dan Azzahra Jiwa Asyraf (Perempuan).
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Ashraf Khalid, Tya Arifin & Azzahra Jiwa Ashraf
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment