25 May 2019

GOOGLE BERI PERHORMATAN PADA PENYANYI LEGENDA SUDIRMAN SEMPENA HARI JADI ALLAHYARHAM


Hari ini adalah hari lahir Allahyarham Sudirman Haji Arshad (25 Mei). Sehubungan itu, Google memberi penghormatan ke atas lagenda negara itu dengan memaparkan imejnya di laman carian tersebut.

Jika anda klik pada imej utama laman carian Google, yang memaparkan “Sudirman Arshad’s 65th Birthday”. anda akan di bawa ke ruang maklumat penyanyi lagenda tersebut.

BERIKUT ADALAH SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI ALLAHYARHAM:

Allahyarham yang berasal dari Temerloh, Pahang itu telah dilahirkan pada tahun 1954. Pada awalnya beliau bekerja sebagai wartawan dan peguam sebelum beliau menjadi salah seorang daripada karyawan seni tanah air yang paling banyak membuat persembahan di sekitar Asia.






Kerjaya nyanyiannya bermula selepas beliau memenangi sebuah pertandingan nyanyian yang bernama Bintang Radio Television Malaysia. Lagu-lagu yang didendangkannya itu berjaya mengungguli carta di Malaysia, Singapura, Brunei, serta Indonesia.

Pada 15 April 1986, beliau telah mengadakan sebuah konsert yang diadakan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Konsert yang bersejarah tersebut berjaya menarik lebih 100,000 orang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India untuk hadir menyaksikan persembahannya itu.



Pencapaian tertinggi dalam kerjanya adalah apabila beliau memenangi anugerah Asian Popular Music Awards yang dilangsungkan di London Royal Albert Hall pada tahun 1989. Beliau turut dijemput untuk mendendangkan beberapa buah lagu di anugerah tersebut.

Persembahan tersebut telah menjadi batu loncatan buat kerjayanya sebagai penyanyi untuk dikenali di peringkat antarabangsa.



Dengan jumlah 14 album yang telah dikeluarkan olehnya, Allahyarham Sudirman telah dianugerahkan dengan Anugerah Industri Muzik yang juga merupakan anugerah paling tinggi di Malaysia.

Berikutan dengan kejayaannya itu, sebuah jalan telah dinamakan sempena dengan namanya yang terletak di kampung halamannya.

Selamat Hari Lahir, Sudirman Haji Arshad!

ARTIKEL SBELEM INI MENGENAI ALLAHYARHAM SUDIRMAN


Sumber: Google


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: