24 May 2019

"BAYI TAK AKTIF BUKAN SEBAB SAYA, SEBALIKNYA NETIZEN SENDIRI" - PU ABU


"Saya direct PM (private message) dengan Ain dan dia sebut baby tak aktif bukan disebabkan saya, sebaliknya dia stress dengan kecaman dan kritikan daripada netizen sendiri. Keluarga Ain juga memaklumkan dia perlukan rehat dan tak boleh stress.





"Sebenarnya insiden bayi tak bergerak itu berlaku dua hari sebelum kami naik ke mahkamah. Baby tak aktif itu perkara biasa yang berlaku di kalangan ibu-ibu hamil. Cuma apa yang berlaku bukanlah disebabkan saya 'bantai' dia untuk naik court. Sebaliknya kecaman netizen terhadap dia.

"Kalau dah namanya manusia, mereka ada pandangan yang berbeza. Ada yang negatif, ada yang positif. Saya tiada masalah dengan kawan-kawan dan tak salahkan mereka pun. Saya faham mereka bertindak atas apa yang mereka nampak. Saya anggap segala kritikan dan kecaman yang mereka berikan sebagai nasihat untuk saya menjadi orang yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar


"Dalam hidup ini saya belajar satu benda iaitu apabila membuat keputusan harus memberikan kepentingan kepada orang lain. Maknanya sebelum saya buat apa-apa kena fikir family saya macam mana, kawan-kawan dan orang sekeliling macam mana," demikian kata Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan.

Perkembangan kisah rumah tangga PU Abu terus mendapat tempat dalam kalangan orang ramai khususnya membabitkan kebajikanbekas isterinya, Ain 'Afini. Terbaharu, PU Abu atau nama penuhnya Mohd Abu SufyanMohd Mokhtar Rozaidi melahirkan rasa kecewa dengan laporan yang mendakwa dia menjadi punca anak dalam kandungan Ain terjejas.

Sebelum ini media melaporkan kenyataan Ain yang meluahkan rasa sedih selepas doktor memaklumkan bahawa anak dalam kandungannya kurang aktif. Proses penceraian antara Ain dan PU Abu dipercayai menjadi punca wanita itu mengalami tekanan.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: