24 May 2019

BUKA KOMEN DI IG - ALIFF AZIZ TENANG JAWAB KRITIKAN NETIZEN


Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dilihat kini mengemaskini akaun Instagram (IG) miliknya dengan memuatnaik sekeping fotonya kelmarin selepas sah bercerai dengan Bella Astilah. Malah buat pertama kalinya selepas pelbagai kontroversi dan isu panas melanda dirinya, Aliff membuka ruangan komen terhadap entri tersebut.





Tindakan Aliff itu telah memberi ruang ramai netizen untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap apa yang berlaku. Tidak cukup dengan itu, Aliff terus dikecam dan dihina di atas perbuatannya sebelum ini yang telah berlaku curang bersama seorang remaja yang dikenali sebagai Nismell.

Namun, Aliff dilihat sabar dengan kecaman tersebut malah telah membalas satu persatu hinaan tersebut dengan tenang serta kata-kata yang baik. Bagaimanapun, tidak kurang juga peminatnya yang telah memberi nasihat dan kata semangat yang baik buat aktor tersebut supaya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan. Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular pula di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain.

Pasangan ini tekad untuk berpisah 16 Mei lalu selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak Mohamad Ayden Adrean, 2. Mungkin dengan cara membuka ruangan komen, dapat menolong Aliff meneruskan kehidupan hitam yang dilaluinya. Setiap manusia tidak lari dari membuat kesilapan, kita doakan yang baik-baik saja.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Rotikaya & Instagram Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: