24 May 2019

JANGKITAN SALURAN KENCING - ANAK SHARNAAZ & NABILA SELAMAT DIBEDAH


Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Sharnaaz Ahmad telah meluahkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad yang berusia lapan bulan itu yang telah selamat menjalani pembedahan semalam selepas mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).





"Alhamdulillah syukur pada Allah SWT.. Jebat dah selamat keluar OT.. kepada semua yg mendoakan terima kasih semoga Allah balas dgn beribu kebaikan dan pahala buat anda semua.. Alhamdulillah semua lancar. Dan terima kasih buat Doctor Shariz yg mengetuai pembedahan ni, hebat orangnya.. Jebat akan kembali sihat dgn Izin Allah.. amin," kata Sharnaaz.

Dalam masa sama, isteri kepada Sharnaaz iaitu Noor Nabila juga turut berkongsi perkara tersebut serta memuatnaik keadaan terkini anaknya itu menerusi laman Instagran miliknya: "Yaa Allah kurniakn kelancaran & kesembuhan utk anakku, dan juga syifa' dan afiah yg kekal dan yg tidak memudaratkan.

Klik untuk gambar besar


Isnin lalu, pelakon filem 'Sindiket' itu memaklumkan, anaknya itu mengalami masalah jangkitan pada saluran kencing sejak beberapa bulan lalu dan perlu menjalani pembedahan. Sharnaaz berkata, dia sebelum ini tidak menghebahkan perkara itu kerana akur, ramai lagi anak kecil lain yang mengalami masalah kesihatan yang lebih serius.

"Semestinya saya sedih melihat keadaannya yang lemah. Cuma, saya tidak berkongsi kepada umum kerana percaya, ada kanak-kanak lain yang berdepan dengan penyakit yang lebih serius dan memerlukan perhatian," ujarnya yang berkahwin dengan kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa dan dikurniakan anak sulung lelaki dilahirkan pada 30 Ogos tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Astro Gempak, Instagram Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: