17 May 2019
HANIS ZALIKHA KONGSI PENGALAMAN CEMAS BAYI KANDUNGAN TAK BERGERAK
"Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.
"Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata "ala kesian, ngadu dekat Daddy ya".
"Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka.
"Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita," kata pelakon Hanis Zalikha yang berkongsi pengalaman bayi di dalam kandungannya tidak bergerak ketika menjalani ibadah puasa.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum. Menurut isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu, ketika hari kedua berpuasa, bayi tersebut yang sebelumnya sangat aktif, tiba-tiba mengeras dan tidak bergerak.
Namun begitu, keadaan bayi tersebut kembali normal apabila ia mula bergerak selepas Hanis berbuka puasa dalam keadaan segera. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang terdiri dari kaum ibu turut berkongsi pengalaman masing-masing.
Terdahulu, Hairul mengumumkan kehamilan kali kedua isterinya itu pada 1 November tahun lalu. Untuk makluman, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 itu telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan popular sebelum ini iaitu Yusuf Iskandar.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hanis Zalikha
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment