02 May 2019

ISU ZIZIE & SUAMI DITAHAN SPRM: "TAK FASAL SAYA PENGSAN NANTI" - KHATY FAUZIAH


Mengenai berita penahanan anaknya, pelaon Datin Seri Zizie Izette oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah, pelakon veteran Khaty Fauziah mengakui dirinya terkejut. Bagaimanapun, Khaty atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah Musa berkata, dia tidak dimaklumkan oleh sesiapa mengenai perkara berkenaan.





"Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu kerana ketika ini saya berada di Melaka. Zizie atau Sam tidak dimaklumkan apa-apa kepada saya. Mereka tahu saya ada penyakit darah tinggi dan kecing manis, jadi mereka tak akan buat saya susah hati. Awak juga jangan cakap banyak dengan saya, tak fasal saya pengsan nanti," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Terdahulu, SPRM mengesahkan mengenai penahanan Zizie yang merupakan isteri kedua bersama suaminya yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Klik untuk gambar besar


Pasangan suami isteri itu ditahan pada pagi Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan nilai sekitar RM3 juta. Mereka bagaimanapun dibebaskan selepas memberikan kerjasama penuh kepada SPRM selama hampir lapan jam.

Zizie dan suami yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan pada 2009 itu dijangka akan didakwa pada Jumaat. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 207 dan seorang bayi perempuan pada 1 Mac lalu.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: