02 May 2019

'BABY GIRL' KEDUA LAHIR JULAI DEPAN - HANEZ SURAYA OBSES DENGAN KOREA


"Alhamdulillah, saya dan suami bakal menerima cahaya mata perempuan. Biarpun saya berharap untuk mendapat cahaya mata lelaki untuk kelahiran kedua ini, saya tetap bersyukur dengan rezeki Allah. Sebenarnya, saya dan suami sudah mengetahui jantina anak kami semenjak kandungan berusia 19 minggu lagi.





"Saya dan suami tak kisah, asalkan anak yang bakal dilahirkan sihat walafiat dan cukup sifat," demikian kata pelakon Hanez Suraya yang kini sarat hamil tujuh bulan dan bakal menimang cahaya mata perempuan kedua pada Julai ini.

Ditemui di majlis baby shower dan pelancaran produk lip tint Cake Pop di Hotel Grand Millennium, pelakon telefilem 'Sayangku Damia' ini mengakui terlalu minat dengan drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua dan sering menghabiskan masa menonton rancangan dari negara terbabit.

Klik untuk gambar besar


"Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri Korea tapi tidak terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil kali ini. Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti ke sana.

"Saya memang minat dengan budaya dan industri hiburan Korea. Namun, ketika saya hamil anak kedua, kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Saya terpengaruh dengan gaya solekan mereka yang natural serta menggunakan lip tint sebagai pelengkap gaya.



"Dari situ, datanglah idea untuk mengeluarkan produk lip tint yang diberi nama Cake Pop. Datang dalam tiga seleksi iaitu Watermelon, Strawberry dan Orange, produk Cake Pop boleh didapati menerusi Instagram @cakepop.hq bermula hari ini.

"Sebenarnya saya tertarik dengan solekan mereka dan suka tengok muka mereka, cantik sangat. Jadi, saya pun berbincang dengan suami untuk keluarkan produk kecantikan sendiri iaitu pewarna bibir dengan harapan penggunaakan dapat bibir cantik seperti pelakon Korea," tuturnya.

Untuk makluman, Hanez selamat bernikah dengan Romie pada 14 Mei 2015 di Masjid Putra, Putrajaya dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Aleesya pada 30 Disember 2015. Suami Hanez sebelum ini telah mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: