02 May 2019
ROTAN & MALUKAN ANAK - NGO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ALIFF SYUKRI
Semua mengetahui mengenai usahawan kosmetik yang juga bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri, seorang yang gemar berkongsi semua perkara di media sosial dan tidak pernah lekang dengan kontroversi.
Malah baru-baru ini, beliau memuatnaik satu video mengatakan beliau merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak kenali sehingga ia meneriman kecaman teruk.
Dalam video tersebut, turut memaparkan beliau sedang menyapu ubat di belakang badan anak perempuannya itu selepas merotannya. Menerusi entri itu, Aliff turut memberitahu beliau bertindak merotan anaknya kerana mahukan anaknya menjadi seorang wanita bermaruah.
Tidak dinafikan, perkara itu mencetuskan perdebatan dikalangan netizen sehingga mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Protect and Save The Children (P.S The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM), yang telah membuat laporan polis ke atas Aliff di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.
Klik untuk gambar besar
Laporan itu dibuat pada hari Selasa, CRCM dalam satu kenyataan berkata perbuatan itu disifatkan sebagai penderaan fizikal dan mereka amat terkesan dengan perbuatan usahawan tersebut.
"Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya untuk ditonton kira-kira 3.1 juta pengikutnya. Aliff mendisiplinkan anaknya dengan cara ekstrem, bahkan memberikan penjelasan berhubung tindakannya itu.
"Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya CRCM kepada mStar Online.
Dalam pada itu, CRCM turut menggesa pihak berkuasa dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil tindakan segera terhadap Aliff Syukri.
www.myartis.com / Sumber: mStar, Rotikaya & Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment