02 May 2019

TUDUHAN RASUAH HAMPIR 3 JUTA & BERSUBAHAT - ZIZIE & SUAMI DIDAKWA JUMAAT INI


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang merupakan bekas Pengerusi Felcra sebelum melepaskan jawatan tersebut pada Mei 2018 itu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).





Difahamkan siasatan kes rasuah agensi kerajaan tersebut melibatkan nilai hampir RM3 juta. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam baki ketika dihubungi berkata, Bung Moktar ditahan bersama isterinya, bersama isterinya, pelakon Zizie Izette atau nama penuhnya Datin Seri Zizie Izette A. Samad.

"SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan isterinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei 2019. Bung Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

"SPRM telah menahan Bung Moktar pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra. Kedua-dua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM," katanya kepada Sinar Harian.

Bung Moktar dan Zizie dijangka akan dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini atas pelbagai tuduhan rasuah dan bersubahat. Menurut sumber, kedua-dua individu berusia 59 dan 41 tahun itu ditahan SPRM di Sabah pagi semalam sebelum dibebaskan selepas kenyataan mereka diambil.

Klik untuk gambar besar


"Ahli parlimen tersebut dijangka menghadapi tiga tuduhan rasuah manakala isterinya menghadapi tuduhan bersubahat. Kedua-duanya akan didakwa mengikut Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat," jelasnya.

Felcra ditubuhkan di bawah Akta Memperbadankan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah pada 1 April 1966. Bermula 1 September 1997, Felcra telah dikorporatkan keseluruhannya dan telah berubah statusnya daripada sebuah Badan Berkanun kepada sebuah entiti Syarikat milik penuh Kerajaan.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd. Ghani ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung tangkapan itu dalam masa terdekat.

Untuk makluman, Bung Moktar berkahwin dengan Zizie Ezette pada 2009 dan memiliki sepasangan anak kembar yang berusia dua tahun, seorang anak perempuan lahir pada Mac 2019 dan dua anak angkat.


www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian, Rotikaya, Utusan Online & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: