15 May 2019
KAKA AZRAFF SAHKAN HAMIL 4 BULAN ANAK PERTAMA
"Alhamdulillah, saya kini berbadan dua dan kandungan ini sudah pun berusia empat bulan. Sebelum mendapat tahu diri ini hamil, saya berasa pelik dan seperti ada yang tidak kena pada badan saya. Tak sangka pula apabila membuat ujian kehamilan, keputusannya positif.
"Berita gembira ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Perasaan saya bercampur baur. Saya teruja, tetapi pada masa sama berdebar kerana ia sesuatu yang baharu dalam hidup saya dan suami," demikian kata penyanyi Kaka Azraff yang mengumumkan dirinya sudah berbadan dua, sekaligus menjawab teka-teki mengenai kehamilannya.
Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 29, berkata, dia teruja dengan fasa baharu sebagai bakal ibu hingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kata Kaka, dia merahsiakan kehamilannya sebelum ini atas permintaan keluarga selain mahu mendapatkan pengesahan doktor mengenai keadaan kandungan.
Klik untuk gambar besar
"Atas permintaan keluarga, saya tidak berkongsi berita gembira ini, sebelum ini. Lagipun, kandungan masih baharu. Setelah doktor mengesahkan anak dalam kandungan sihat, baru saya yakin untuk berkongsi dengan semua. Lelaki atau perempuan, saya dan suami tak kisah.
"Asalkan anak yang bakal dilahirkan ini sihat dan sempurna, dapat menjadi anak soleh atau solehah, ia sudah cukup menggembirakan kami," tutur penyanyi lagu 'Terpulanglah' itu yang mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff, 25, pada 14 Disember lalu.
Bulan lalu, Kaka menafikan sudah berbadan dua ketika diminta mengulas mengenai desas-desus kehamilannya. Kata Kaka, perubahan fizikalnya selepas mendirikan rumah tangga tiada kaitan dengan kehamilan. Sebaliknya, dia menyatakan berat badannya bertambah lima kilogram selepas menjadi isteri.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Kaka Azraff & Adam Azriff
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment