15 May 2019
GADIS REMAJA TAMPIL JELASKAN - BELLA AKAN TERUSKAN HIDUP TANPA ALIFF
Penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz baru-baru ini didakwa curang lagi apabila tular di media sosial sekeping gambar mesra dirinya yang tidak memakai baju bersama seorang gadis berusia 17 tahun. Gambar tersebut dibongkarkan oleh seorang individu menerusi akaun Twitter.
Walaupun isu ini sudah hangat dan dia kantoi curang berkali-kali, Aliff nampaknya masih lagi berdiam diri dari sebarang penjelasan tersendiri tentang kontroversi skandal terbarunya ini. Gadis yang dikaitkan dengan skandal terbaru itu tampil mengakui yang beliau mengambil gambar bersama suami kepada Bella Astillah dalam sebuah private party abang angkatnya.
Namun, gadis yang menjadi perhatian ramai yang dikenali dengan nama samaran Nismell (@nismelll_) menolak dakwaan yang mereka menjalinkan sebarang hubungan ketika itu dan juga mendakwa yang gambar itu tersebar kerana hasad dengki individu yang iri hati beliau mengambil gambar dengan selebriti.
Klik untuk gambar besar
"Mereka tak tahu apa yang saya rasa sebab tu main petik saja. Muka saya tebal sebab saya memang tak salah. Gambar tu sebenarnya kami jumpa di private party abang angkat saya," katanya.
Terdahulu, Aliff pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2017 apabila didapati curang dan bermesra serta berhibur dengan pelakon Afifah Nasir di pusat karaoke. Beberapa bulan lepas, beliau kantoi curang kali kedua dan didakwa berhibur sakan di kelab malam sehingga mabuk dengan seorang pelakon wanita baru, Oktovia Manrose.
Berikutan kontroversi hangat terpalit Aliff, rata-rata netizen menantikan kenyataan daripada isterinya berhubung isu tersebut. Dihimpit dengan pelbagai persoalan dan kata-kata netizen yang menasihatinya untuk tidak terus menyakiti diri, Bella akhirnya tampil membuat kenyataan menerusi akaun Instagramnya.
Menerusi kenyataan terbaru yang dimuatnaik, Bella akhirnya membuat keputusan enggan untuk meneruskan kehidupan dengan suaminya dan mahu memulakan hidup baru dengan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean. Bella mengatakan dia sudah penat dengan apa yang berlaku dan sudah berfikir masak-masak tentang keputusannnya itu demi kebaikan anak tunggalnya.
"Terima kasih di atas pandangan anda semua tentang kemelut rumah tangga saya. Sememangnya bukan mudah, tapi saya tahu ramai berniat baik mengambil berat tentang saya namun ada segelintir mereka menganggap saya orang paling bodoh kerana masih mempertahankan rumah tangga saya yang hampir musnah.
"Saya telah membuat keputusan untuk teruskan hidup tanpa Aliff demi kebaikan anak saya. Saya amat hargai jika anda semua berhenti menghantar mesej secara peribadi dan menghubungi saya untuk memberikan kenyataan mengenai isu ini.
"Saya harap semua pihak menghormati keputusan saya dan beri sedikit ruang kepada saya bagi mengharungi tempoh sukar ini," tulis Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, yang berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016
Menerusi luahan hati tersebut, Bella mengakui apa yang berlaku adalah satu ujian yang berat. Kini, hatinya sudah nekad untuk meneruskan kehidupannya tanpa Aliff. Adakah ini bermakna mereka bakal berpisah tidak lama lagi?
Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Bella dan berdoa agar beliau terus tabah menempuhi dugaan ini. Mereka harap satu hari nanti Bella akan bertemu kebahagiaan lain. Sudah cukup lama beliau bersabar tetapi dicurangi berkali-kali, hati mana yang tidak terluka kan? Kita doakan yang terbaik buat Bella dan anaknya.
www.myartis.com / Sumber: mStar, Rotikaya & Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment