16 May 2019
MULAI JALANI HUKUMAN - DATUK FARID KAMIL BERPUASA & BERAYA DI PENJARA KAJANG
Selepas dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja THC pada Januari lalu, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 38, mula menjalani hukuman itu mulai semalam.
Oleh yang demikian, Farid bakal menjalani ibadah puasa dan menyambut Hari Raya di dalam penjara bersama-sama banduan lain. Difahamkan, di dalam penjara sambutan Hari Raya amatlah menyedihkan berbanding sambutan di luar yang penuh kemeriahan.
Untuk makluman, hukuman terhadapnya telah dijatuhkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, selepas Farid bertindak mendiamkan diri pada hari pembelaan.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
________________________
No comments:
Post a Comment