15 May 2019

PAKAI TUDUNG - AMANAH KELANTAN MAHU KERAJAAN NEGERI SAMAN & 'GAM' SAJAT


Usahawan komestik juga bergelar penyanyi, Nur Sajat sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila hadir ke pesta jualan popular Mood Republik di ke Kota Bharu, Kelantan dengan berpakaian seperti wanita lengkap bertudung.





Rata-rata netizen mengecam penampilan Sajat itu seakan mempermainkan agama dan langsung tidak menghormati bulan Ramadhan dan mahukan Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

Malah, perkara ini turut mendapat perhatian Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan. Amanah mahu kerajaan negeri mengeluarkan saman ke atas Sajat. Mereka juga mendesak PAS supaya menghalang Sajat datang ke Kelantan lagi.

Tindakan itu harus dibuat kerana apa yang dilakukan oleh Sajat jelas bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan corak pentadbiran Islam.

Klik untuk gambar besar


Menurutnya, sebelum ini kerajaan negeri Kelantan begitu lantang menolak LGBT tetapi dalam isu Sajat tiada sebarang tindakan tegas diambil.

"Jadi saya mahu kerajaan Pas Kelantan mengeluarkan saman ke atas Nur Sajat dan 'gam' usahawan kosmetik itu dari masuk ke negeri ini.

"Sebelum ini saya lihat Kerajaan Pas Kelantan cukup lantang menolak LGBT, namun bila melihat isu Nur Sajat tiada sebarang tindakan diambil.

Mungkin tindakan ini wajar diambil bagi membanteras golongan LGBT ini. Apa pula komen anda mengenai isu ini? Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan negeri.




www.myartis.com / Sumber & foto: Sinar Harian & Instagram Nur Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: