26 May 2019
"KALAU APA-APA JADI KAT DADDY, YUSUF KENA...." HAIRUL BUAT NETIZEN TERSENTUH
"Yusuf nanti bila dah boleh baca, Daddy just nak pesan Yusuf sebagai abg yang sulung, Yusuf kena jaga adik kena jaga mommy, jaga si gemok Jibu dengar cakap mommy! Sebab kalau apa2 jadi kat daddy Yusuf kena ambil tanggungjawab itu.
"Bila Yusuf rasa takut/ sedih/ tak tau nak buat apa, ada masalah, doa banyak2 pada Allah sebab itu yang kami selalu buat. Sentiasa sebut benda yg baik2 sebab kata2 itu adalah doa yang melantun, bak kata mommy 😉. Jangan mudah give up, cuba yang terbaik yang kita mampu sbb the best never rest.
"Gambar ni pada 25/5/2019 hari ke dua selepas adik Alisa lahir, masa ni first time Yusuf jumpa adik Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,kebahagiaan & umur yang panjang 🙏🏻. Amin," kata pelakon Hairul Azreen yang menitipkan pesanan khas buat anak sulungnya, Yusuf Iskandar menerusi tulisan di laman Instagram si cilik itu.
Klik untuk gambar besar
Dalam posting terbabit, pesanan itu ditujukan khas buat Yusuf apabila anaknya sudah boleh membaca kelak. Entri yang menyaksikan Yusuf mendakap adik perempuannya, Alisa Aisyah itu secara tidak langsung turut menyentuh hati netizen.
"Caption itu sedihnya ya Allah. Kita sebagai anak paling sulung ni terasa sangat," tulis salah seorang pengguna. - "Awat caption tangkap leleh sangat ni," tambah @syahiraainaa. - "Ya allah sebaknyaaa baca, semoga Yusuf menjadi anak dan abang terbaik di dunia dan akhirat," sahut pengguna lainnya. - "Bila Yusuf besar Yusuf akan faham kenapa daddy buat caption ni," tambah @afiqzunira.
Untuk makluman, Hairul dan isterinya yang juga seorang pelakon, Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Yusuf Iskandar (3 Jun 2016) dan Alisa Aisyah (24 Mei 2019).
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Yusuf Iskandar & Hanis Zalikha
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment