31 May 2019
"KESIHATAN JEBAT SEMBUH... SAMPAI KE MEKAH ORANG MENDOAKAN DIA" - SHARNAAZ
"Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya @jebatjayden. Alhamdulillah baby dah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya, yang solat hajat untuk dia, yang DM dan message saya bagi kata-kata semangat.
"Keadaan anak saya semakin baik dan dari menjangkakan dia akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah swt. 😊❤️," kata isteri kepada kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa iaitu Noor Nabila menerusi laman Instagram (IG) miliknya.
Dalam masa sama, suami Nabila, Sharnaaz Ahmad turut meluahkan rasa terharu kerana ramai yang menyayangi anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad yang kini semakin pulih serta sudah mampu tersenyum selepas menjalani pembedahan pada 23 Mei lalu.
Klik untuk gambar besar
"Kesihatan Jebat sembuh dengan kuasa Allah yang maha Esa.. Saya dihujani oleh msg oleh rakan rakan yang prihatin.. Terharu sangat-sangat orang ramai sayangkan Jebat.. sampai ke Mekah orang mendoakan dia.. Terima kasih sangat-sangat.. Semoga Allah rahmati kita semua dunia akhirat.. Terima kasih sangat-sangat.. selamat berhari raya buat semua umat Islam," tulis Sharnaaz di IGnya.
Tiada kata yang dapat diucapkan selain kesyukuran ke hadrat Ilahi apabila anak sulung kepada pasangan ini yang dilahirkan pada 30 Ogos lalu hasil perkahwinan pada 31 Mac 2017 itu semakin sihat selepas mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment