30 May 2019

RAJA AZMI TIMANG CUCU - AISYAA HASNAA SELAMAT LAHIRKAN ANAK SULUNG


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan produser, Raja Azmi dan adik kepada Chef selebriti, Anis Nabilah iaitu pelakon Aisya Hasnaa yang menerima kehadiran 'orang baru' dalam keluarga mereka pada bulan Ramadhan yang penuh mulia ini.





Raja Azmi, 57, dan suaminya, Eddie ,48, telah menimang cucu perempuan diberi nama Suri Araya yang merupakan anak kepada anak tirinya, Daniel pada 24 Mei lalu (Jumaat). Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Raja Azmi dengan memuatnaik video Suri menerusi akaun Instagram miliknya.

"Salam 25 Ramadhan youalls. Jumaat lepas @51.eddie & KakMi disinari cahaya anugerah dari Allah, iaitu kelahiran cucu sulung Eddie. Anak sulung kpd anak sulung Eddie @daniel_eddie dan isteri beliau @colettetini. Cucu perempuan, Suri Araya kini berusia 7 hari. Syukur dan syukur..

Klik untuk gambar besar


"Tahniah juga buat atuk & nenek Suri Araya di sebelah ibunya @Muliyadi_mahamood dan @brigitteleha Semoga Suri Araya membesar dgn sihat walafiat dan menjadi anak yg soleha.. aamiin. @effyashley @puteri_suraya @puteri_suaida @mgtdeli," tulis Raja Azmi yang mendirikan rumah tangga dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 dan amun pernah bercerai pada 11 November 2014 sebelum bernikah kembali pada 26 Februari 2016.

Manakala bagi Aisyaa yang berkahwin pada 9 Disember 2017 dengan jejaka pilihan, Muhammad Yasir Azizan yang dikenalinya sejak zaman persekolahan itu memaklumkan khabar gembira di laman Instagram milimnya dimana cahaya mata pertamanya, Aleena Muhammad Yasir telah selamat dilahirkan pada jam 12.23 tengah hari semalam.



"Praise be to Allah the Almighty for blessing us with this little bundle of joy. Assalamualaikum world, meet our first born Zara Aleena binti Muhammad Yasir. Delivered at 12.23pm this afternoon. Thank you for all the love and wonderful prayers. Syukur Ya Allah. ♥️ Love, Aisya & Yasir," tulis Aisya lalu mendapat ucapan tahniah dari peminat termasuk selebriti.

Sementara itu, kakak Aisya turut memberikan dedikasi sama bersempena dengan kelahiran anak buah barunya itu: "Assalamualaikum everyone, I want to introduce you to my new bff, @aisyahasnaa‘s first born, Zara Aleena binti Muhammad Yasir. She looks like a tiny Snow White 😍Alhamdulillah both baby and mum, are in good health and doing well. ❤️❤️❤️".








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan, Instagram Raja Azmi, Aisya Hasnaa & Anis Nabilah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: