30 May 2019
"ALHAMDULILLAH FIKREE DAH LEPASKAN SAYA DENGAN CARA BAIK" - ISTERI
Jika sebelum ini isteri kepada chef selebriti, Fikree Aznan iaitu Sharifah Zuriehan Ben Yahya telah membuat pendedahan mengenai skandal suaminya yang berlaku curang dengan seorang wanita berstatus isteri orang, kini menerusi posting terbaru, Zuriehan memaklumkan Fikree telah membuat keputusan untuk melepaskannya dengan cara baik.
Dalam masa sama, Zuriehan memberitahu tindakannya yang mendedahkan kecurangan suaminya di media sosial semata-mata bertujuan untuk mendapat perhatian chef tersebut. Dia turut berterima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan kepadanya dikala beliau menghadapi pergolakkan dalam rumah tangga.
"Alhamdulillah Fikree dah lepaskan saya dengan cara baik... So saya akan private kan account balik dan delete the ugly post. I just want his attention, and I've got it. Terima kasih banyak-banyak atas doa dan kind words from all those who cares.
"Bersyukur Allah berikan saya ketenangan dan kekuatan untuk lalu ujian Dia yang satu ni... Semoga Allah teruskan melindungi saya dan Jayden. Amin amin amin (Boleh unfollow kalau dah tak interest ya. Thank you)," tulisnya di IG.
Klik untuk gambar besar
Mendengar berita perpisahan itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Zuriehan dan mendoakan yang kebahagiaannya bersama anak tercinta. Mengikut pemerhatian kami, Zuriehan kini telah pun private kan akaun media sosialnya.
Terdahulu, Zuriehan mendakwa suaminya juga tinggal sebumbung dengan wanita berkenaan, biarpun di bulan Ramadhan. Selain itu, Zuriehan turut mendakwa bahawa kecurangan yang berlaku itu bukanlah kali pertama dan sebelum ini Fikree juga pernah pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.
Hati isteri mana yang tidak remuk dan sedih apabila suami yang dicintai sepenuh hati bermain kayu tiga. Mungkin perpisahan ini adalah jalan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Kami harap Zuriehan akan terus tabah menghadapi dugaan tersebut. InshaAllah ada sinar bahagia untuk anda selepas ini.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara, Instagram Chef Fikree & Sharifah Zuriehan Ben Yahya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment