30 May 2019

MUATNAIK FOTO 'PANAS' DI BULAN PUASA - ALICIA AMIN KENA KECAM


Umum mengetahui mengenai model dan pelakon Alicia Amin yang sememangnya terkenal dengan imej seksi dan sering dihimpit kontroversi namun tindakannya memuatnaik gambar separuh bogel pada bulan Ramadhan yang mulia ini mula mencetuskan kemarahan netizen lagi.





Menerusi laman Instagram, Alicia telah berkongsi sekeping gambar ketika berkunjung ke Kota Kinabalu. Namun apa yang menjadi bualan, tindakan Alicia memuatnaik gambar yang hanya menggunakan tuala mandi menutup bahagian intimnya.

Ini bukanlah kali pertama Alicia bergaya seksi di media sosial namun netizen mengharapkan di bulan Ramadhan yang mulia ini, model itu lebih memahami sensitiviti sebagai umat Islam dan menghormati bulan puasa.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata ramai memenuhi ruangan komen dengan mengecam tindakan Alicia itu yang tidak menghormati bulan puasa. Malah ada juga mendakwa sikap Alicia itu memaparkan beliau seorang yang tidak solat.

Bagaimanapun, Alicia tidak terkesan langsung dengan kecaman yang dilemparkan kepada dirinya dan enggan memberikan respon terhadap isu tersebut.

Apapun alasan Alicia kali ini tetapi tidakkah lebih baik menghormati bulan Ramadhan yang hanya datang sekali setiap tahun. Mungkin boleh simpan dulu gambar-gambar seumpama itu di bulan lain?




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Alicia Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: