30 May 2019

LINDA RAFAR TUNTUT BAYAR RM4 JUTA, DAKWA POSTING DOKTOR DI FB FITNAH


Semua sudah mengetahui mengenai kenyataan dimana pelakon dan penyanyi Linda Rafar telah memuatnaik permohonan maaf kepada semua pihak atas tindakannya sebelum ini yang pernah menyaman 100 netizen. Katanya, pada bulan Ramadhan yang mulia, beliau tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut dan pada masa yang sama turut memaafkan mereka yang mengecam dirinya sebelum ini.





Namun, seorang doktor popular Dr Rusyainie Ramli mendedahkan permohonan maaf itu dibuat kerana pihak terbabit sudah kalah saman. Disebabkan perkara itu, Linda kini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Rusyainie dengan menghantar lima pucuk surat tuntutan berasingan kepadanya bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM4 juta.

Menurut Linda, Dr Rusyainie telah melemparkan fitnah melalui Facebook pada 9 Mei lalu sehingga dirinya kembali dikecam. Ekoran penulisan itu juga, Linda mendakwa telah menerima persepsi negatif daripada masyarakat meskipun apa yang disebarkan itu tidak benar.

Menerusi tuntutan itu, Linda yang merupakan anggota kumpulan Elite ini mendakwa Rusyainie telah menulis dan menerbit lima bentuk penulisan (posting) berbaur fitnah dan komen-komen melampau ke atasnya di media sosial. Keempat-empat pihak berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk memberi maklum balas sebelum tindakan susulam diteruskan.

Klik untuk gambar besar


Peguam Linda iaitu Nurul Hafidzah Hassan memberitahu selain Rusyainie, tiga lagi pihak termasuk PW Community turut berhadapan tindakan undang-undang atas dakwaan fitnah.

"Anak guam kami sedang meniliti sekiranya tindakan undang-undang perlu diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melancarkan kempen fitnah berterusan ke atas dirinya serta memburukkan reputasi dan kredebiliti di mata peminat dan masyarakat," kata Nurul Hafidzah.

Selain Dr Rusyainie, Linda telah menghantar tiga pucuk surat tuntutan yang serupa kepada tiga pihak lagi untuk menuntut pampasan sebanyak RM1.5 juta. Keempat-empat individu yang didakwa telah mencalarkan imej selebriti tersebut telah diberi tempoh tujuh hari untuk maklum balas sebelum tindakan undang-undang diteruskan terhadap mereka.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: