11 May 2019

LAGU TEMA ALADDIN VERSI BM - DISNEY PILIH HAEL HUSAINI & SHILA AMZAH


Menerusi laman Instagram, penyanyi dan komposer Hael Husaini telah mengumumkan dirinya akan berkolaborasi bersama Disney bersempena dengan kemunculan filem Aladdin yang bakal tiba tidak lama lagi.





Melihat pada entri yang dimuatnaik, kolaborasi itu bakal menampilkan runut bunyi filem Aladdin bertajuk 'A Whole New World' yang akan dialih kepada bahasa Malaysia.

"This Ramadan is so special. I will be collaborating with Disney to release a BM version of A Whole New World (Dunia Baru) with @shahilaamzah in conjunction with the opening of Aladdin on 23 May. I can’t wait for the song to hit the airwaves for all of you to hear it! #AladdinMY #DuniaBaruAladdin #HaelHusaini," katanya.

Untuk pengetahuan anda, lagu tema Aladdin 2019 'A Whole New World' ini akan dinyanyikan oleh Zayn Malik dan Zhavia Ward. Lagu ikonik ini diterbitkan pada 1992 dan penyanyi asalnya ialah Brad Kane dan Lea Salonga.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Hael Husaini & Shila Amzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: