11 May 2019

BERHIJAB SEMPENA #RAMADANHIJABCHALLENGE - FARAHDHIYA HARAP NETIZEN TAK KECAM


Diminta mengulas mengenai foto dirinya berhijab yang dimuatnaik di laman Instagram sejak hari pertama Ramadan, penyanyi dan pelakon Farahdhiya atau nama penuhnya Faradhiya Mohd Amin, 34, berkata yang dia hanya memakai hijab mengikut kesesuaian keadaan dan majlis dihadiri.





"Saya berhijab atas kerelaan sendiri dan bukannya mengikut trend atau menunjuk-nunjuk kepada orang. Hati saya terbuka untuk berhijab pada Ramadan ini selepas terbaca kempen mengajak wanita berhijab dengan tanda pagar #RamadanHijabChallenge dari rakan-rakan di laman sosial.

"Saya tidak berani cakap akan mengenakan hijab sepanjang Ramadan ini kerana bergantung pada keadaan. Saya berharap netizen tidak akan kecam jika ternampak ada hari tertentu saya tidak berhijab pula nanti. Sebab itu, saya tidak tulis tanda pagar #hijab30 pada gambar saya berhijab yang dimuatnaik di laman Instagram," jelasnya.

Pada masa sama, dia turut melakonkan watak wanita berhijab dalam telefilem untuk stesen TV3 pada Ramadan ini: "Saya akan memulakan penggambaran telefilem itu esok dan ia akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti".

Klik untuk gambar besar


Ditanya sama ada dia akan terus berhijab selepas kempen #RamadanHijabChallenge berakhir, Faradhiya meminta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

"Saya memang tidak berhijab dan hanya memakainya pada Ramadan ini. Sama ada saya akan terus berhijab atau tidak nanti, doakan yang baik-baik untuk saya," katanya.

Terdahulu, penyanyi Zizi Kirana juga dilaporkan berhijab kerana menyahut cabaran penyanyi Mizz Nina yang mengadakan kempen mengajak wanita berhijab sepanjang Ramadan dengan tanda pagar #RamadanHijabChallange dan #Hijab30 di media sosial.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Farahdhiya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: