04 May 2019

LIGAMEN KAKI HAIRUL AZREEN KOYAK KETIKA BUAT STUNT FILEM 'WIRA'


Ketika sedang melakukan babak aksi lasak iaitu cuba melakukan babak terjun dari tingkat dua di set pengggambaran filem 'Wira' baru-baru ini, pelakon, Hairul Azreen, 31 telah berdepan detik cemas apabila dirinya mengalami kecederaan di bahagian kaki dimana ligament atau tisu terkoyak.





Menurut entri di Instagramnya, Hairul mengucapkan terima kasih kepada rakan baiknya Hafizul Kamal serta krew produksi yang membantunya sepanjang di menjalani rawatan.

"Ligament kaki saya torn masa buat stunt terjun dari tingkat 2, doakan saya boleh kembali beraksi semula utk filem @wira_2019 🙏🏻. Btw thank you @hafizulkamal hantar sy ke hospital, thank you production @act2pictures bayarkan bill saya, hati sedih tuhan je tahu 😥.

"Benda yang saya harap tak jadi untuk kali ini tapi jadi juga, saya terima dugaan ini dengan hati terbuka 😇 #TheBestNeverRest," tulisnya di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Selain peminat, rakan artis turut memberi kata-kata semangat di ruang entri terbabit. Antaranya termasuk lah Farid Kamil, Josiah Hogan dan rakan filem PASKAL, Theeban G.

Jelas Hairul lagi, dia kemudian dibawa ke hospital berhampiran lokasi penggambaran dan doktor mengesahkan bahawa ligamen kakinya terkoyak. Namun, Hairul tetap berkeras untuk menyelesaikan baki penggambaran filem itu.

"Kejadian itu berlaku dua hari lalu. Ketika itu, saya perlu terjun dari tingkat dua ke satu platform yang memang lengkap dengan ciri keselamatan. Namun, cubaan kali kedua gagal apabila saya tersalah 'mendarat'. Doktor sahkan ligamen terkoyak dan saya perlu berehat selama sekurang-kurangnya lapan minggu.

"Dalam tempoh itu, saya kena berehat dan tak boleh melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bahkan turun tangga sekali pun. Pihak produksi meminta saya supaya berehat terlebih dulu, namun saya nak juga selesaikan penggambaran sebab dah tak banyak lagi babak yang tinggal.



"Ada beberapa babak aksi lagi, jadi saya yakin saya boleh buat. Lagi pula, isteri saya pun akan bersalin tak lama lagi. Jadi, saya kena siapkan juga kerja penggambaran dan nanti boleh bantu dia untuk jaga anak," kata suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu.

Kelmarin, Hairul sudah kembali ke set menjalani penggambaran yang menurutnya, hanya tinggal berbaki kira-kira seminggu. Sebelum ini, ketika menjalani penggambaran filem 'Paskal the Movie', Hairul terbabit dalam kemalangan di set yang menyebabkan tangannya patah dan perlu menjalani pembedahan.

"Dulu, sewaktu menjalani penggambaran 'Paskal', saya patah tangan. Jadi, saya berdoa supaya penggambaran filem kali ini berjalan lancar tanpa sebarang kemalangan. Namun, nak dijadikan cerita, berlaku juga kemalangan," tuturnya.

Untuk pengetahuan anda, Hairul kini sedang melakukan penggambaran filem 'Wira' arahan Adrian Teh yang turut dibintangi Henley Hii, Josiah Hogan dan Dain Said.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro & Instagram Hairul Azreen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: