03 May 2019
HANIS ZALIKHA: "BIARLAH HAIRUL SAHAJA BERLAKON BUAT MASA SEKARANG....."
Mengakui fokus utamanya pada masa kini lebih kepada keluarga dan perniagaan yang dijalankan, pelakon Hanis Zalikha memberitahu yang dia bahagia dengan kehidupan sekarang dan mahu suaminya, Hairul Azreen saja meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.
"Saya bahagia dengan kehidupan sekarang namun ada juga perasaan rindu untuk kembali berlakon tetapi apabila Hairul balik rumah bercerita kepada saya tentang penat lelahnya di set penggambaran, jadi rasa rindu untuk berlakon pun hilang.
"Biarlah Hairul sahaja yang berlakon buat masa sekarang ini kerana itu memang minatnya sejak dulu lagi. Fokus utama saya sekarang ini tertumpu terhadap tugas kepada keluarga dan perniagaan terlebih dahulu," katanya.
Hanis berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikannya sebagai duta Happikiddo, di Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Untuk makluman, Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar. Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua pada bulan Mei ini.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment