19 May 2019

MATI USIA 7 TAHUN - 'GRUMPY CAT' KINI TINGGAL KENANGAN


Masih ingat dengan Grumpy Cat? Kucing yang terkenal dengan meme muka garang hingga popular seluruh dunia?

Kucing ini dilaporkan telah mati pada usia tujuh tahun.








Tabitha Bundesen, Tardar Sauce atau lebih dikenali sebagai Grumpy Cat mengalami komplikasi akibat jangkitan pada saluran kencing, demikian menurut pemiliknya.

Sehubungan itu, peminat Grumpy Cat terkejut dan sedih dengan berita itu.

Untuk info, Grumpy Cat mula dikenali pada tahun 2012, Madame Tussauds di San Francisco pernah menghasilkan patung lilin Grumpy pada 2015 dan ia juga terkenal dikalangan para selebriti.

Malah pemilik Grumpy Cat pernah menang kes saman kerana ada syarikat yang menyalahgunakan wajah Grumpy Cat pada produk lain.














         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: