19 May 2019
'OHMOSTWANTED' - NORA DANISH TIADA KAITAN, ENGGAN FOTO & NAMANYA DIGUNAKAN
Mengumumkan dirinya tidak lagi mempunyai kaitan dengan produk kosmetik jenama OhMostWanted, sejak bulan lalu, pelakon Nora Danish yang mengusahakan perniagaan berkenaan dengan tiga lagi rakan kongsi, sejak dua tahun lalu itu berkata tindakan terbabit diambil demi kebaikan bersama.
"Selepas memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan atas sebab tertentu, saya percaya apa yang dilakukan ini untuk kebaikan bersama. Saya sendiri begitu mencintai perniagaan kosmetik dan mempunyai perancangan lain pada masa akan datang.
"Melihat perkembangan dan kejayaan jenama itu sejak hari pertama dilancarkan, saya percaya pengunduran diri ini adalah tepat pada waktunya," katanya.
Klik untuk gambar besar
Menurut Nora, penarikan dirinya daripada perniagaan itu bukan kerana berdepan masalah bersama rakan kongsi: "Kami bersikap profesional dalam hal perniagaan. Apa yang dilakukan ini adalah atas kehendak sendiri. Saya doakan mereka terus berjaya".
Pelakon drama 'Imaan' yang memilih untuk berehat pada Ramadan ini, sekali gus memberi perhatian kepada keluarga itu menegaskan, dia membuat penjelasan berkenaan bagi mengelakkan salah faham dan perkara tidak diingini daripada berlaku.
"Bermula 1 Mei, sebarang gambar atau nama saya tidak boleh lagi digunakan jenama itu, bagi apa juga tujuan promosi. Pihak terbabit mempunyai masa empat bulan untuk mengeluarkan gambar dan video saya, daripada tempoh kuat kuasa," jelasnya yang turut mengusahakan perniagaan salun dan pakaian.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Nora Danish
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment