01 May 2019

NABIL AHMAD & ISTERI NAMAKAN ANAK KETIGA, 'MISHALL IMANI'


Ketika bersiaran langsung menerusi program MeleTOP malam semalam, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, 34, telah mengumumkan nama anak perempuan ketiganya yang dilahirkan pada 24 April lalu secara pembedahan sebagai 'Mishall Imani' yang bermaksud cahaya keimanan.





"Saya ingin mengumumkan saya dan isteri memberi nama anak ketiga adalah 'Mishall Imani'. Alhamdulillah. Nama ini bermaksud cahaya keimanan," katanya yang berkahwin dengan Nazira Ayub pada 2011 dan sebelum ini telah memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla,7, dan Leyla Medyna, 4.

Untuk makluman, isteri Nabil yang juga pernah menjadi seorang pelakon itu selamat melahirkan anak ketiga mereka yang merupakan perempuan kira-kira jam 1 tengah hari pada 24 April lalu di sebuah pusat perubatan di Damansara.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Harian Metro & @nabilzira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: