01 May 2019

BLACK SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN MASUK BESI DALAM TANGAN KIRI


Selepas mengalami patah akibat kemalangan motosikal lasak, penyanyi Black, 32, kelmarin telah selamat menjalani pembedahan memasukkan besi ke dalam tangan kirinya selepas patah akibat kemalangan motosikal lasak.





Isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira ketika dihubungi berkata, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah kini masih ditahan di hospital.

"Black dimasukkan ke hospital semalam dan malam tadi, dia menjalani pembedahan memasukkan besi itu kira-kira jam 10 malam dan selesai kira-kira jam 1 pagi.

"Sekarang, dia masih berada di hospital Alhamdulillah, keadaannya stabil. Cuma, doktor nasihatkan supaya dia banyak berehat," katanya.

Klik untuk gambar besar


Kata yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan Black, besi itu perlu berada di dalam tangan suaminya sekurang-kurangnya setahun.

"Daripada apa yang doktor beritahu, besi ini perlu berada di dalam tangannya sekurang-kurangnya setahun untuk memastikan tulang yang patah ini kembali pulih. Selain itu, dia juga perlu menjaga pemakanan dan tidak boleh melakukan kerja yang terlalu berat," jelasnya.

Black sebelum ini menjalani rawatan tradisional seperti urutan dan sebagainya, namun tidak berhasil. Penyanyi lagu 'Pok Pet' itu terbabit dalam kemalangan ketika menjalani latihan motosikal lasak di trek baru yang terletak di Petaling Jaya pada 22 April lalu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Black Hanifah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: