03 May 2019

PU SYED GELAR BTS 'SETAN' TERSEBAR DI PORTAL KOREA - PEMINAT MALAYSIA MALU


Nampaknya kenyataan Pencetus Ummah (PU) Syed menggelar kumpulan Kpop terkenal, BTS sebagai 'setan' yang mahu menyesatkan umat Islam di Malaysia itu sehingga masih lagi hangat.





Kenyataan beliau itu sudah tular dan bukan saja menjadi perhatian di Malaysia, malah sebuah portal dari Korea Selatan iaitu Koreaboo turut melaporkan isu tersebut dan kini menjadi perbualan peminat antarabangsa.

Susulan penularan isu, rata-rata peminat Malaysia meluahkan rasa malu dan kecewa dengan peminat BTS dari luar negara berikutan apa yang telah terjadi.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan kenyataan PU Syed itu hanya memberikan imej buruk kepada Malaysia. Kata netizen lagi, isu itu juga sekaligus membuatkan ramai orang luar akan memandang serong terhadap Malaysia.

Klik untuk gambar besar


Malah netizen juga mengatakan, agama Islam tidak mengajar umatnya untuk menghina orang lain dan sebagai pendakwah sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik.

Semakin hari, banyak pula kontroversi melibatkan pendakwah. Sebaiknya sebagai pendakwah mereka sepatutnya tunjukkan keperibadian Islam yang indah dan aman untuk menarik orang bukan Islam mengenali agama Islam.

Sebagai seorang pendakwah, sepatutnya beliau membuat teguran dengan lebih sopan tanpa mengeluarkan sebarang perkataan berbaur penghinaan terhadap orang lain. Islam juga tidak pernah ajar untuk berdakwah secara kasar.

Pernah dengar pepatah, niat itu tidak menghalalkan cara? Niat hendak berdakwah itu baik dan murni tetapi tidak perlu sampai hendak menghina orang lain.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: