03 May 2019
ISU ANAK: DICARI JKM DI PEJABAT - ALIFF SYUKRI MOHON MAAF, TIADA NIAT DERA
Jutawan kosmetik yang juga bergelar penyanyi, Datuk Aliff Syukri mendedahkan dirinya telah dikunjungi oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas dikecam teruk kerana memuatnaik video mengatakan beliau merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak kenali.
Ia juga adalah tindakan susulan selepas pihak badan bukan kerajaan (NGO) Protect and Save The Children (P.S. The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak.
"Pihak JKM ada datang ke pejabat kami tapi saya dan isteri tiada ketika itu kerana sibuk, jadi tak sempat nak jumpa. Polis juga ada hubungi saya dan bertanyakan beberapa perkara mengenai laporan mendera anak itu. Memandangkan mereka tak dapat bertemu harini (semalam), jadi kita sudah maklumkan kepada JKM untuk hubungi mereka semula nanti.
Aliff pada masa yang sama pelik kenapa video beliau bertujuan untuk mendidik anak boleh menjadi perhatian ramai dan menerima kritikan. Sebelum ini, apabila beliau berkongsi video kejadian rompak dan curi yang pernah berlaku, tiada sesiapa pun ambil tindakan. Lebih baik viralkan kisah anak-anak gelandangan agar NGO boleh bantu.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Aliff memohon maaf sekiranya video beliau ingin mendidik anaknya menjadi seorang wanita bermaruah itu kurang disenangi. Aliff sama sekali tiada niat untuk mendera anaknya.
"Apa-apa pun, saya nak mohon maaf jika video itu membuatkan ada pihak rasa kurang senang dan percayalah tak ada niat nak mendera anak. Pada mulanya, saya muat naik video itu sebab merancang nak keluarkan produk krim untuk badan tapi jadi lain pula bila ia tular.
Berkali-kali dihimpit kontroversi kerana video yang dimuat naik di Instagram, kami harap Aliff selepas ini lebih berhati-hati jika ingin berkongsi sesuatu perkara di media sosial agar tidak timbul sebarang salah faham atau masalah lagi.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment