Menerusi laman Instagram, penyanyi Ezam Lazim atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 39, telah memuatnaik sekeping gambar dan berkongsi berita sedih mengenai keadaan terkini bapanya.

Kongsi Ezad, bapanya kini sakit dan telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Di samping itu, penyanyi asal Alor Setar, Kedah itu turut memohon peminat agar mendoakan kesihatan bapanya kembali sihat seperti sediakala.
Ezad berharap dapat menyambut ramadan bersama bapanya yang bakal menjelma tidak lama lagi: "Mohon doakan kesihatan abah saya.... moga abah dapat balik bersama-sama menyambut ramadhan bersama keluarga.....".
Kami disini mendokan semoga bapa Ezad sihat dan cepat sembuh supaya dapat bersama menyambut ramadan bersama keluarga.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ezad Lazim
________________________

No comments:
Post a Comment