24 May 2019

"SAYA PENDOSA DAN SAYA PERCAYA ALLAH" - AMMAR ALFIAN MAHU SELAMATKAN RUMAH TANGGA, MOHON DIBERI RUANG




"Fokus saya adalah pada anak lelaki yang bakal lahir. Tiada benda lain yang penting. Saya dah buat pilihan untuk berdiam diri dan selesaikan masalah ni antara saya dan isteri tetapi isteri saya mahu memalukan saya pada khalayak ramai.

"Saya takkan main permainan dia, sepertimana saya pernah bagitau sebelum ni, kamu semua tak boleh faham dan tak mahu dengar belah pihak saya jadi buat apa saya perlu jelaskan apa-apa. Cukup bagi saya, Nel isteri saya, ibubapa saya dan ibubapa nya tahu.






"Saya tahu apa yang saya lakukan adalah salah. Saya sudahpun meminta maaf berkali-kali sebelum ini pasa isteri saya, tapi ini hukuman yang saya dapat dari dia. Saya redha dan terima kerana ini semua dari Allah.

"Di Bulan Ramadan yang mulia ini. Pada semua saya meminta maaf. Saya pendosa dan saya percaya Allah akan memaafkan hambaNya yang datang padaNya," demikian ujar Ammar Alfian melalui laman sosialnya.



Tambahnya lagi, dia meminta netizen menghormati dan memberi ruang untuk dirinya memperbaiki keadaan untuk menyelamatkan rumah tangganya itu.

Untuk info, Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kini isterinya sedang sarat hamil anak sulung mereka.



. . Sumber: Ammar Alfian

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: