23 May 2019

10 FOTO - NEWBORN PHOTOSHOOT ISABELLA DEPP, ANAK NOURUL


Baru-baru ini, penyanyi Nourul Wahab Depp bersama suami dan anak-anak lelakinya telah menjalani sesi newborn photoshoot anak perempuan bongsunya, Isabella Depp dan berkongsi beberapa keping foto ketika sesi tersebut. Memilih tema 'Beauty & The Beast', 'gimnas' dan 'ballerina', sesi fotografi itu mendapat khidmat jurufoto terkenal 'Tiny Winy Photography'.





"Kan kami kata kami rajin ambik gambaq kali ni! Hahaha. Our family moment with our new addition to our family #isabelladepp taken by: @tinywinyphotography. Props semua diaorang sediakan. Bagus sungguh.. Siap jahit baju belle seperti beauty & the beast!. Terima kasih Ika dan Ifa..

"Kami pilih tema beauty & the beast, gymnast dan ballerina. Simple and beautiful. Teirma kasih @tinywinyphotography ❤️. #littledepp #isabelladepp #deppfamily #thedepps #ladydepp #zacharydepp #raphaeldepp," kongsi Nourul.

Klik untuk gambar besar


Perkongsian itu mendapat pujian daripada peminat yang rata-ratanya menyifatkan wajah Isabella sangat mirip bapanya, Eric Daniel Depp: "Gegirl muka orang Paris. Love sangat!" puji salah seorang pengguna.

Isabella merupakan cahaya mata ketiganya bersama usahawan Perancis, Eric yang dilahirkan pada 30 April lalu secara pembedahan.

Menerusi perkahwinan keduanya itu, Nourul dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary, 5, dan Raphael, 3 tahun. Sebelum itu, Nourul memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami, Ajai.


















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Nourul wahab Depp & Tiny Winy Photography


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: