23 May 2019

NAFI KERJA 'GRO' - SKANDAL ALIFF AZIZ AKUI KERJAYA MODEL & BERSTATUS PR


"Selepas gambar mesra saya dan Aliff Aziz tersebar minggu lalu, wujud pula individu yang cuba menyimbah minyak ke api dengan memberikan kenyataan palsu kepada beberapa blog yang tidak beretika. Mereka mendakwa saya bekerja sebagai GRO dan akan mengikis wang lelaki belang. ia tuduhan yang sangat melampau, buktikan jika ia benar," kata skandal penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Mei Fina.





Wanita bergelar janda yang terpalit dengan kontroversi skandal Aliff itu menegaskan dia tidak melakukan pekerjaan terkutuk seperti yang tersebar di Internet, sebaliknya mempunyai kerjaya tetap sebagai seorang model. Mei berkata, tuduhan liar yang mendakwa dia bekerja pelayan pelanggan (GRO) telah mencalarkan nama keluarganya. Minggu lalu, kecoh apabila beberapa keping gambar mesra Aliff dan Mei tersebar di laman sosial.

Dalam temubual eksklusif bersama mStar, Mei menjelaskan dia mengenali Aliff sejak tahun lalu ketika jejaka kelahiran Singapura itu sedang berhadapan isu rumah tangga bersama bekas isterinya, Bella Astillah. Mei turut menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan berita palsu tersebut sehingga mengaibkan dia dan keluarga.

Klik untuk gambar besar


"Laporan palsu blog tersebut sudah mula disebarkan beberapa blog lain, mereka sekadar memuatnaik kenyataan yang diberikan oleh individu yang cuba mendapatkan perhatian. Saya tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan jika ia berterusan.

Ada pula yang menfitnah saya hanya sekadar tinggal menumpang di hotel sedangkan wartawan sendiri pernah datang ke kediaman saya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kerjaya saya sebagai model, malah keluarga yang kini tinggal di Pulau Pinang juga terkena tempias cacian darpada netizen," tambah Mei.

Dalam pada itu, mengulas tentang status warganegaranya yang dikatakan berasal daripada Indonesia, Mei atau nama sebenarnya Meri Meifina berkata dia kini sudah mendapat status permastautin tetap (PR) dan memiliki kad pengenalan berwarna merah. Dia juga memberitahu sudah 16 tahun menetap di Malaysia dan keluarganya kini berada di Pulau Pinang.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: