23 May 2019
NAFI SENGAJA REKA CERITA - ISTERI AMMAR ALFIAN TAYANG BUKTI PERBUALAN WHATSAPP
"Jangan sesekali memutar belit permohonan maaf saya sehingga saya kelihatan seperti penipu. Saya takkan berdiam diri sementara penipu itu cuba untuk memanipulasi keadaan dengan menjadikan saya seperti penipu. Saya memohon maaf atas tindakan saya yang kurang rasional kerana mengutamakan bayi dalam kandungan dan kasihankan kamu.
"Apa yang saya katakan bukan fitnah. Jangan sekali-kali membuatkan saya kelihatan seperti penipu hanya kerana kamu tidak boleh berterus terang. Saya tidak memerlukan kamu untuk memaafkan saya, sebaliknya kamu perlu bimbang bagaimana cara untuk memaafkan diri.
"Inilah insan penakut yang terperangkap dalam penipuan sendiri. Tolong berhenti bersikap seperti kamu mangsa keadaan," demikian tulis isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam menerusi InstaStory malam semalam.
Nelissa tampil mendedahkan bukti perbualan WhatsApps bersama suaminya sekali gus menafikan dia sengaja menabur fitnah. Jelas Nelissa, Ammar telah sengaja memutar belitkan kenyataannya hingga menampakkan dirinya seolah-olah mereka-reka cerita tentang kecurangan suami sendiri.
Klik untuk gambar besar
Menerusi perbualan WhatsApp antara Ammar dan Nelissa, pelakon filem 'Paskal' itu mengaku menipu dan memohon maaf kerana tidak berterus terang dari awal.
Selain mengaku kesalahannya, Ammar juga dikatakan memberikan alasan merahsiakan hubungan sulitnya kerana enggan memanjangkan kemelut rumah tangga mereka. Ammar sebelum itu memberikan kenyataan kepada media berbahasa Inggeris dengan mendakwa tuduhan terhadapnya adalah fitnah dan Nelissa sudah memohon maaf.
Isnin lalu, Nelissa tampil mendedahkan kisah kecurangan suaminya ketika dia hamil enam bulan kepada khalayak umum menerusi sebuah entri di Instagram. Nelissa turut menyertakan foto alat penguji kehamilan dan tanda pagar #singlemother (ibu tunggal) dalam entri yang sama.
Ammar bagaimanapun memilih untuk berdiam diri dan memaklumkan isterinya telah membuat permohonan maaf ekoran tindakannya itu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment