31 May 2019

"SEMUA TUDUHAN TIDAK BENAR" - CHEF FIKREE MOHON DIBERI RUANG & MASA


Setelah isterinya, Sharifah Zuriehan mendedahkan kecurangannya bersama wanita berstatus isteri orang, chef selebriti, Fikree Aznan kini menjadi perhatian netizen dan juga media.





Pelbagai spekulasi liar timbul termasuklah ada yang mengatakan skandal Fikree merupakan seorang pengacara yang sama-sama bergandingan dengannya dalam sebuah program jualan langsung di sebuah stesen televisyen.

Lama berdiam diri, akhirnya Fikree tampil membuat kenyatana menyatakan segala tuduhan dan berita dia berlaku curang itu tidak benar sama sekali. Buat masa ini, dia meminta agar orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi dan mohon diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya itu.

Klik untuk gambar besar


"Semua tuduhan yang dilemparkan kepada saya adalah tidak benar. Mohon kerjasama daripada semua pihak untuk menghormati hak peribadi saya. Kami mohon doa daripada semua supaya kesulitan yang berlaku ini dapat jalan penyelesaian yang terbaik demi keluarga yang saya cintai.

"Saya harap semua dapat memberi kami ruang dan masa untuk perbetulkan keadaan ini. Sokongan positif daripada semua amatlahdiperlukan dan dihargai," tulis Chef Fikree menerusi laman Instagram miliknya.

Terdahulu Zuriehan mendakwa Fikree juga tinggal sebumbung dengan skandalnya biarpun di bulan Ramadhan yang mulia. Malah, Zuriehan turut mendakwa ini bukan kali pertama Fikree berlaku curang, sebelum ini dia juga pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Instagram Chef Fikree Aznan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: