31 May 2019

'JOM RAYA' TRENDING NO.1 - NETIZEN DESAK, ALIFF SYUKRI AKAN 'BOTAK' MALAM INI


Nampaknya tindakan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri bernazar (berjanji) untuk membotakkan kepala sekiranya video muzik lagu 'Jom Raya' menjadi trending nombor satu di YouTube itu memakan diri apabila rata-rata netizen mula mendesaknya untuk menyempurnakan janji tersebut memandangkan video muzik lagu terbaharunya bersama Zizi Kirana itu sudah menjadi trending.





"Okey silalah botak sekarang... dah nazar tu, berdosa kalau tak buat" - "Datuk, trending nombor satu dah. Tunggu apa lagi botak la..." - "Dah trending nombor satu pun Datuk... Tak sabar nak tengok Datuk botak," tulis beberapa netizen di laman Instagram Aliff Syukri.

Namun berdasarkan konteks 'nazar' yang dibuat Aliff Syukri, ia dilihat sebagai janji kerana tidak memenuhi hukum dan syarat bernazar yang sebenar. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mempertikaikan niat Aliff Syukri dan berpendapat penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' itu sepatutnya bernazar memberi sedekah kepada anak yatim.

Klik untuk gambar besar


Malah, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Ibrahim turut mempersoalkan niat bernazar anaknya itu yang semata-mata ingin video muzik 'Jom Raya' yang mula berada di saluran YouTube pada Rabu lalu, turut menampilkan bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah itu trending no.1.

Menurut Rozita, lebih elok sekiranya Aliff Syukri menyedekahkan kambing ke masjid atau memberi makanan kepada orang selepas impiannya tercapai: "Kau tak ada kerja ke Kri (Syukri) trending nak botak, nazar hadiah kambing kat masjid ke, beri orang makan ke adalah elok sikit".



Namun menerusi muatnaik yang terbaru beberapa jam lalu, Aliff Syukri memberitahu yang dia akan membotakkan kepala malam ini sekiranya ramai yang komen menyuruhnya berbuat demikian. Selain itu, Aliff Syukri turut menyuruh netizen parodi, menari serta tiktok lagu 'Jom Raya' dan lima orang bertuah akan memenangi duit raya darinya.

"Patut ke saya botakkan rambut?? Kalau ramai yg komen botak di ruangan komen di bawah saya akan botakkan rambut malam ni. Sbb lagu ini tranding no.1 mengalah lagu yg lain.. Tak sampai 15 jam dan jumlah tontonan lebih 500 ribu ❤️❤️.. Sy terkejut.. anda dah tengok kee belum?? Gi tengok di youtube jomraya sekrg. Harap korang request lagu ni di redio... dan sila komen di bawah knp lagu #jomraya korang suka?? 👇🏻👇🏻.

"Jom buat perodi, dance, tiktok lagu #jomraya dri sy @zizi_kirana dan penampilan khas @bellaastillah ciptaan @amyuks 😍😍😍. 5org yg bertuah yg tag akan memenangi wang duit raya dari saya...... Pemenang saya akan PM dan sy akan posting di IG sy.. Okey esok jam 6 ptg nak tau pemenamg 😘😘," tulisnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: