31 May 2019

"DIA (REZA) SEAKAN-AKAN TIDAK BERSYUKUR" - A. AIDA TAK SANGKA DISALAHKAN


"Saya tak sangka Reza boleh mengeluarkan kenyataan menyalahkan pihak produksi saya menjadi punca dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Niat saya ingin membantu tapi dia seakan-akan tidak bersyukur. Sepanjang dia menjadi artis bawah produksi A. Aida Productions, saya pernah beri peluang tiga kali untuk dia berlakon dalam karya syarikat saya.





"Selain itu, jika ada mana-mana drama lain atau telefilem mesti saya akan selitkan dia juga sama ada sebagai pelakon pembantu atau salah seorang pelakon utama," demikian kata penerbit A. Aida Productions Sdn. Bhd., Datuk A. Aida yang meluahkan rasa kesal terhadap pelakon Reza Hasbi yang menuduh syarikat produksinya menjadi punca dia tidak menerima tawaran berlakon.

Menurut A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, dia menganggap pelakon itu tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan selama dua tahun ketika mengikat kontrak bersama syarikat produksinya. A. Aida diminta mengulas luahan Reza yang berasal kesal dengan sebuah syarikat pihak produksi yang dinaunginya kerana tidak membantu melancarkan perjalanannya dalam bidang lakonan sehingga dia hilang punca pendapatan.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, A. Aida memberitahu dia pernah menasihati aktor itu untuk berusaha dan mencuba dalam bidang lain seperti perniagaan tetapi Reza tidak berbuat demikian sebaliknya terus mahu terlibat dalam bidang lakonan sepenuh masa. Justeru ujar A. Aida, dia memutuskan untuk tidak lagi menyambungkan kontrak Reza dengan syarikatnya memandangkan pelakon itu tidak menghargai bantuannya selama ini.

"Saya ambil dia sebagai artis bawah pengurusan produksi saya sebab dia ada bakat dan saya beri peluang dia berlakon dalam beberapa drama saya. Sampaikan stesen TV pun persoalkan kenapa saya kerap ambil pelakon yang sama? Tapi mungkin tiada rezeki dia dalam bidang ni.

"Saya pernah nasihat agar dia cuba sesuatu kerja yang ada gaji tetap dan jadikan lakonan ini sebagai hobi sampingan sahaja. Sepatutnya kontrak dua tahun dan setahun atas budi bicara tapi bila benda ni jadi, saya tidak mahu sambung kontrak dia," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: