01 June 2019
IQRAM DINZLY BUAT HAL LAGI, RAKAM VIDEO AKSI LUCAH KETIKA RAMADAN?
Nampaknya pelakon Iqram Dinzly dilihat sekali lagi berkelakuan pelik apabila tampil dengan aksi lucah dan ghairah pada sesi live di akaun Bigo miliknya kelmarin. Menerusi sesi live tersebut, Iqram yang berpakaian jubah itu dilihat memasukkan bahagian tangan kanannya ke dalam baju sebelum melakukan aksi seakan-akan beronani: "Siapa buat aku pan*** dapat bawah.
Sesi live itu walau bagaimanapun hanya berlangsung selama 40 minit 43 saat sebelum disekat oleh Bigo selepas melanggar garis panduan aplikasi terbabit. Jika benar perkara itu dilakukan oleh Iqram, kami merasakan ia tidak manis apatah lagi ketika bulan yang mulia ini. Sehingga kini akaun Bigo milik Iqram mempunyai 40,900 pengikut dengan kutipan 'beans' sebanyak 224,000.
Untuk pengetahuan anda, ini bukan kali pertama pelakon ini tampil dengan aksi seperti ini. Iqram sebelum ini pernah kantoi apabila hanya bertuala putih sambil melakukan aksi ghairah menerusi sesi live di akaun Instagramnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment