07 May 2019

"SILA BAYAR HUTANG... BIL-BIL TERTUNGGAK... PULANGKAN DULU HAK SAYA" - EZLYNN


Penyanyi Ezlyn Ariffin menerusi media sosialnya semalam telah menuntut bekas suaminya, Adam Fahmy membayar hutang berjumlah RM23,642. Melihat entri yang dimuatnaik itu, Ezlynn mendedahkan dia meminta bekas suaminya itu menyelesaikan bil tertunggak terlebih dahulu sekiranya mahu menjual rumah.





Ezlyn turut mendedahkan jumlah hutang itu termasuk yuran perkhidmatan berjumlah RM13,000, bil elektrik RM4,000 dan semua hasil kerjanya sejak 11 tahun lalu. Dia turut mendedahkan nama penuh Adam selain mendakwa bekas suaminya itu memberi alasan enggan bayar hutang kerana artis lain yang berhutang dengannya.

Dia turut mendedahkan nama penuh Adam selain mendakwa bekas suaminya itu memberi alasan enggan bayar hutang kerana artis lain yang berhutang dengannya. Ezlyn mendakwa Adam seolah sengaja menuduh pelakon Siti Saleha pula yang berhutang dengannya

"#handwriting #someoneowememoney #silabayar #mintaktolongbayar #jangansalahkanorglain. Sila bayar hutang Yang awak hutang Saya.. jangan tak mengaku bila org suruh bayar.. jangan tuduh org lain Yang hutang pulak..

Klik untuk gambar besar


"Kalau awak nak jual rumah ni bayar dulu bill2s Yang tertunggak Yang awak tinggal dulu.. RM13k service, electric bills RM4K. Dan semua hasil kerja aku selama 11 thn pulangkan dulu semua Hak aku.. Baru kau ada Hak dalam hasil jualan rumah ni.. mengerti??!

"Tolong sampaikan pesanan Ini kepada sipolan, sbb sipolan block Saya.Nama penuh.. Adam Fahmy Shamsudin tolong tag manusia ni.. menyusahkan kan hidup org.. Alasan dia tak nak bayar hutang katanyer Siti Saleha Yang hutang Saya.. dia boleh tuduh Siti Saleha pulak.. kesian budak tu, tak pasal2 kena," tulis Ezlynn.

Beberapa kenalan penyanyi itu yang mengikuti perkembangan isu berkaitan turut mendedahkan mereka juga gagal menghubungi Adam selain mendakwa nombor mereka turut disekat oleh Adam sebelum ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ezlynn


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: