07 May 2019

DITANYA MANA ANAK ANGKATNYA - ZULIN AZIZ TAMPIL JELASKAN


"Saya memang sukakan kanak-kanak. Saya terlibat dengan charity berkenaan mereka kerana saya sukakan budak-budak. Kalau ada yang tahu, saya pernah mengambil anak angkat. Orang tanya juga, mana anak angkat saya, tiba-tiba hilang?





"Sebenarnya, anak angkat saya sudah bersama dengan keluarganya semula kerana dia sudah mempunyai keluarga baru.. Maksudnya keluarga sendiri. Ibunya sudah berkahwin lain, dia sudah mempunyai bapa baru dan kini dia kembali kepada keluarganya.

"Syukur Alhamdulillah, jadi saya pulangkan dia kepada keluarganya semula," demikian kata pelakon dan penyanyi Zulin Aziz yang pernah mengambil anak angkat tahun lalu itu menjelaskan kembali solo kerana anak angkatnya sudah dipulangkan kepada keluarga asal semula.

Klik untuk gambar besar


Mendedahkan dirinya gemar melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan yang melibatkan kanak-kanak, Zulin mengakui proses untuk mengambil anak angkat sangat agak sukar, maka sebab itu dia membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan.

"Saya bertindak untuk melibatkan diri dengan kerja kebajikan melibatkan kanak-kanak sahaja. Untuk kembali mengambil anak angkat, itu satu tanggungjawab besar. Pelbagai kes berlaku melibatkan pengambilan anak angkat. Saya juga masih solo, nanti satu hari saya akan ada anak sendiri juga.

"Saya fikirkan semula, banyak perkara yang bermain di minda. Jadi apa yang saya boleh lakukan sekarang, jika saya mahu bermain dengan kanak-kanak, saya boleh libatkan diri dengan aktiviti kebajikan untuk menghabiskan masa bersama mereka," katanya lagi.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Hlive


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: