07 May 2019
NOH HUJAN: "6 TAHUN TURUN NAIK HOSPITAL... KESIAN TENGOK DIA (MIZZ NINA)..."
Pasangan selebriti, Noh Salleh dan isterinya, Miss Nina tidak berputus asa dalam usaha untuk mendapatkan zuriat setelah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Baru-baru ini, Noh mendedahkan bahawa mereka sebenarnya pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). Malah, Noh melihat sendiri isterinya menahan sakit ketika melakukan prosedur tersebut.
"Enam tahun turun naik hospital, IVF cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle tiba-tiba emosi. All out weh. Ya Allah sampai sekarang aku kesian. Nak buat IVF kena ambil telur, benda tu sakit gila aku pernah tengok dia mengerang sakit.
"Kesakitan yang bergegar menahan perut dia sakit. Baru minggu lepas. Dia cakap ini untuk Allah, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak. sebab cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak," kata Noh.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Noh memberitahu mereka tidak mencuba ketika tahun pertama perkahwinan sebaliknya melakukan rawatan tersebut apabila memasuki usia dua tahun. Kata Noh lagi, mungkin mereka belum dikurniakan zuriat kerana Allah merasakan mereka belum lagi bersedia untuk bergelar ibu bapa.
"Tengok orang lain bawa anak dekat stage. Kau tak sentap? Aku rasa macam seronok bila tengok. Mungkin tuhan tengok kita tak bersedia lagi aku rasa. Pendapatan pun tak stabil, sibuk nak besarkan anak orang," tuturnya.
Untuk rekod, Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011. Apapun, setiap manusia berbeza rezeki dan dugaan yang diberikan, semoga Noh dan Nina dikurniakan rezeki anak suatu hari nanti.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Forum Cari, Instagram Noh Hujan & Mizz Nina
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment