21 May 2019

TAK MAHU BERGAMBAR SAJA - MICHAEL ANG MAHU DALAMI ISLAM SEBELUM PERGI MEKAH


"Saya hanya akan ke sana apabila sudah betul-betul bersedia. Saya mahu dalami Islam dan belajar membawa al-Quran dan betulkan bacaan dalam solat. Saya tidak mahu pergi ke sana semata-mata mengambil gambar.





"Jika ada rezeki, orang tidak akan tahu kerana saya rasa tidak ada keperluan untuk orang tahu," demikian kata saudara baru, pengarah dan penerbit popular, Michael Ang, 43, yang memberitahu dirinya berhasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, Mekah suatu hari nanti.

Namun begitu, Michael berkata, pada ketika ini biarlah beliau mendalami ilmu agama Islam, belajar membaca al-Quran dan membetulkan bacaan dalam solat. Bercerita pengalamannya Ramadan tahun ini, Michael terpaksa akur tidak dapat berpuasa penuh kerana mempunyai masalah gastrik.

Klik untuk gambar besar


Pada penghujung November lalu, Michael yang sebelum ini mengumumkan sudah memeluk Islam sejak setahun lalu itu menjalani pembedahan batriatik bagi mengurangkan gastrik:

"Saya ada gastrik yang teruk dan terpaksa makan pil untuk kawal masalah itu. Kalau saya boleh tahan sakit, saya akan tahan dan puasa.

"Saya sudah cuba makan nasi ketika sahur dengan harapan dapat berpuasa sepanjang hari tetapi sekitar jam 1 petang, perut akan memulas dan kembung, jadi saya terpaksa makan ubat bagi melegakan kesakitan," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Michael Ang


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: