21 May 2019

ISTERI HAMIL, SUAMI DIDAKWA CURANG - PELAKON PASKAL ABAI ISTERI?



Pelakon filem Paskal, Ammar Alfian, didakwa berlaku curang pada isteri yang sedang sarat mengandung enam bulan.

Ia tersebar melalui perkongsian instagram isterinya, Nelissa Nezam yang menyifatkan Ammar sebagai lelaki yang tidak berhati perut kerana memperlakukannya sebegitu rupa.

"Ramadan tahun ini menguji saya dengan cara yang tidak terjangka. Saya mendapat tahu suami yang dikahwini selama tiga tahun telah berlaku curang ketika saya sedang sarat mengandungkan anaknya.








"Saya tidak pernah tahu saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Akan tetapi saya percaya bahawa semuanya berlaku dengan alasan dan Allah mempunyai rencana yang lebih baik untuk saya dan bayi dalam kandungan ini,

"Ketika mendapat tahu tentang hal ini, saya rasakan seluruh dunia ini telah musnah dan fikir tidak akan mampu untuk mengharunginya.

"Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya kembali kuat selepas dicurangi suami sendiri. Biarpun Ramadan ini adalah yang paling getir, tetapi saya tetap bersyukur kerana ia banyak memberi saya pengajaran.

"Semoga semuanya akan menjadi lebih baik bermula sekarang, Insya-Allah," tulisnya dengan hashtag singlemother.


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: