20 May 2019

DOA SEBELUM HAMIL TERMAKBUL - SITI NURHALIZA BAKAL TUNAI UMRAH BERSAMA AAFIYAH


"Saya akan bawa Aafiyah untuk menunaikan umrah pada 23 Mei ini dan suami saya juga akan ikut bersama serta beberapa ahli keluarga yang lain. Sebelum mengandung, saya ada berdoa setiap kali ke Makkah untuk dikurniakan cahaya mata dan membawa anak saya tunai umrah selepas dilahirkan.





"Alhamdulillah, saya bersyukur doa saya ini dimakbulkan Allah kerana bukan senang mahu ke sana tanpa keizinan-Nya," demikian kata penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu dia bakal menunaikan umrah bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K), 50, dan anaknya, Siti Aafiyah pada 23 Mei ini.

Siti, 40, yang ditemui ketika majlis Berbuka Puasa Siti Nurhaliza Bersama Sitizone dan majlis penyampaian anugerah Universal Music Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu itu berkata dia bersyukur doanya di Makkah sebelum hamil untuk membawa anaknya bersama dimakbulkan Allah.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Anta Permana' ini terkejut apabila dia menerima anugerah Legend Award dari Universal Music Malaysia. Bagaimanapun, Siti mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat rakaman tersebut atas usaha keras mempromosikan albumnya sehingga menjadi salah satu album jualan tertinggi.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya saya terkejut juga sebab tak sangka boleh terima anugerah tersebut dan terima kasih kepada pihak Universal Music Malaysia," ujarnya yang menerima anugerah ini berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam penjualan fizikal dan digital bagi album Fragmen, Konsert Unplugged dan SimetriSiti serta empat lagu single.

Lagu 'Anta Permana' itu meraih 11 kali Platinum dengan lebih 14 Juta tontotan di Youtube manakala single-single lain iaitu 'Comel Pipi Merah' (4 kali platinum), 'Mikraj Cinta' (Platinum) dan 'Cinta Syurga' (Emas).

Dalam masa yang sama, Siti turut menerima anugerah emas untuk album SimetriSiti. Sebelum ini, Siti turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai Malaysia's Most Streamed Local Artist 2017 dan 2018 di pelantar muzik digital Spotify.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Siti Nurhaliza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: