20 May 2019

SELAMAT BERSALIN JUMAAT LALU - DYNAS MOKHTAR TIMANG ANAK KETIGA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Dynas Mokhtar yang selamat melahirkan cahaya mata ketiga Jumaat lalu. Dynas berkongsi khabar gembira tersebut buat peminatnya menerusi entri di laman Instagram (IG).





"Ketentuan Illahi... Alhamdulillah. MasyaAllah A baby boy for us. We are well. #170519 #LilP #Rikdy," tulisnya yang berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.

"Ketentuan Illahi... Alhamdulillah. MasyaAllah A baby boy for us. Mother and son are well. #170519 #LilP #Rikdy," demikian pula tulis suami Dynas.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, menerusi ruangan, komen rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah selain selamat berpantang kepada Dynas. Ada juga turut mendoakan kesihatan Dynas dan bayi yang baru dilahirkan itu.

Untuk makluman, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6, hasil perkahwinan pertamanya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Dynas Mokhtar & Shazrik Din


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: